SEWARNA 2019

Festival Kebudayaan dan Seni Warisan Ke-9 & Semarak Merdeka Nasional (SEWARNA) Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 2019 telah berlangsung pada 16 hingga 20 September 2019 di Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun, termasuk lima acara pertandingan utama telah diadakan sepanjang festival ini.

Seramai 658 peserta termasuk pelajar dan pegawai dari 23 buah politeknik dan tiga buah kolej komuniti telah menyertai festival ini yang berlangsung selama empat hari berturut-turut.

Seramai 152 orang ahli jawatankuasa yang terdiri dari Sekretariat Seni Budaya PMS, Majlis Perwakilan Pelajar PMS, ahli Kelab Seni Budaya, dan Protege MPP PMS telah menggembleng tenaga menjayakan festival yang julung kali diadakan di Muadzam Shah.

Edisi kali ini menyaksikan Politeknik Kota Kinabalu muncul johan keseluruhan dan membawa pulang piala pusingan FESKEW ke-9 untuk kali ketiga berturut-turut.

Keputusan penuh di sini.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!