Bengkel Monodrama DBP

Bengkel ini adalah anjuran Sekretariat Seni Budaya Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia telah berlangsung selama dua hari berturut-turut, bertempat di Stor Teater DBP pada 6 dan 7 Julai 2019. Seramai 42 peserta dari politeknik dan kolej komuniti telah menyertai bengkel yang julung kali diadakan ini, sebagai persiapan menghadapi Festival SEWARNA 2019.