HARI PERTAMA

PENDAFTARAN

Pada tarikh 16 September 2019 (Isnin), telah berlangsungnya pendaftaran untuk peserta dari pelbagai politeknik dan kolej komuniti yang terlibat dengan Festival Sewarna 2019.

Pada jam 2 petang sehingga 6.30 petang telah adanya soundcheck bagi tarian zapin di auditorium PMS dan monodrama di Dewan Seri Muadzam.

Pada pukul 9 malam hingga 10.30 malam telah adanya mensyuarat pengurus pasukan dan pengundian di bilik tayangan UIDM dan taklimat pertandingan untuk peserta di Dewan Seri Muadzam.

TEATER KEMERDEKAAN

Tidak lupa juga pada jam 9 malam hingga 10.30 malam , pembukaan bagi Festival Sewarna 2019 iaitu teater kemerdekaan yang bertajuk ‘Kain Bendera Kain’.