SEWARNA 2019 guna laman web untuk semua urusan

Festival SEWARNA 2019 yang bakal berlangsung pada 16 hingga 19 September 2019 di Politeknik Muadzam Shah akan menggunakan sistem pendaftaran secara dalam talian sepenuhnya bagi semua pendaftaran peserta, pegawai, termasuk tetamu jemputan yang bakal hadir ke festival nanti.

Akses ke borang penyertaan dan borang jawapan kehadiran boleh didapati di pautan #SEWARNA2019 dan pilih di menu ‘Daftar’ untuk memasukkan maklumat individu.

Semua peserta, pegawai dan tetamu undangan diingatkan agar menyemak terlebih dahulu nama, nombor kad pengenalan dan nombor matrik pelajar sebelum menekan butang hantar.